Komuniti | Ikutilah Landasan Al-Quran Dan As-Sunnah

Kaherah, 17 Oktober – “Pentingnya kefahaman dan penguasaan ilmu yang benar berlandaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah oleh para asatizah khususnya. Jika sebaliknya, yang akan menguasai ruangan pemikiran umat adalah pemikiran dan tamadun barat yang bahaya walaupun ia masuk secara halus”, kata Ustazah Nur Ashikin Binti Mohamad Mathurudi, penerima anugerah tokoh Imam Al-Ghazali semasa Istiadat Konvokesyen Kali Ke-13 Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar.

Beliau yang telah menerima keputusan jayyid jiddan ma’a martabat syaraf (Kepujian Tertinggi) dalam fakulti Ulum Islamiyyah menegaskan bahawa perlu menggunakan masa muda dengan perkara yang berfaedah kepada diri dan umat. Beliau juga telah menyebut hadis Rasulullah SAW untuk menjaga lima perkara sebelum datangnya lima perkara dan diantaranya ialah masa muda sebelum tua.

Ustazah Nur Ashikin yang berasal dari Wilayah Persekutuan berkongsi beberapa tips mudah dalam pembelajaran. “Beri fokus sepenuhnya dalam kelas,kenal gaya belajar dan tidak malu bertanya dukturoh” ujar beliau.

Pada masa yang sama beliau mengingatkan mahasiswa/wi bahawa kewujudan generasi tamadun Islam yang berilmu adalah hasil pengorbanan orang-orang dahulu.”Pentingnya untuk kita menyedari akan tanggungjawab memikul beban amanah ini dan secara langsung perlunya demi keberlangsungan generasi Islam yang berilmu dan mencapai taqwa , serta ilmu yang memanfaatkan dirinya dan umat sejagat”, tambah beliau.

Ustazah Nur Ashikin merupakan aktivis Isma dan memegang jawatan Majlis Tertinggi Akedemik Isma Mesir dan Opim. Beliau akhiri nasihat beliau dengan memetik peribahasa “Bak ilmu padi, kian berisi kian tunduk. Mumtaz kita Mumtaz untuk ummah”.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *