TAMAR | Bina Keyakinan Berkomunikasi Bahasa Arab Pasar

ALEXANDRIA, 16 Okt 2019 – Telah berlangsung Kelas Tutorial Ammiah Masriah (TAMAR) semalam di Bayt Aqsa, Iskandariah bagi memberi pendedahan asas bahasa arab pasar serta meningkatkan “skill” komunikasi peserta program. Kelas ini merupakan kesinambungan daripada TAMAR pertama yang telah diadakan pada 8 Oktober yang lalu. Kelas yang bermula sekitar jam 8:00 malam ini telah mendapat sambutan pelajar tahun satu yang baru smpai.

Program yang dianjurkan oleh biro dakwah ini bermula dengan pembentangan modul yang telah disediakan, sangat menunjukkan perbezaan antara Bahasa Arab formal dan tidak formal serta perbualan yang biasa digunakan pada situasi tertentu. Pembentangan yang disampaikan oleh saudara Hilmi Rosli, pelajar perubatan tahun 4 amat jelas dan mudah difahami oleh peserta.

Kelas TAMAR ini dilengkapkan lagi dengan tayangan video bagi memperkenalkan sumber-sumber media yang boleh didapati untuk lebih memahami bahasa arab pasar ini.

Kami amat berharap agar program ini dapat membantu meningkatkan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan di bumi Mesir ini.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *