Berita | Ahli Isma Mesir Cemerlang, Rangkul Anugerah Imam Al-Ghazali

Kaherah, 11 Oktober – Seramai 9 orang ahli Isma Mesir yang telah berjaya menamatkan pengajian Sarjana Muda dan menyertai Istiadat Konvokesyen Graduan Malaysia kali ke-13 Universiti Al-Azhar pada 10 Oktober 2019 bertempat di Hayyu Sadis, Mesir.

Antara yang menjadi perhatian adalah Saudari Nur ‘Ashikin binti Mathurudi yang merangkul Anugerah Imam Al-Ghazali. Beliau telah mendapat keputusan jayyid jiddan dalam pengajian Ulum Islamiyyah, Universiti Al-Azhar.

Pada hari itu juga menjadi memori yang sangat bermakna bagi 2 aktivis Isma Mesir, Ustaz Muhammad Akram bin Zulkifli dan Ustaz Umar Sharipudin apabila keluarga mereka turut menghadiri ke Majlis Istiadat Konvokesyen ini bagi meraikan kejayaan mereka.

Istiadat Konvokesyen Graduan Malaysia Kali Ke-13 ini merupakan anjuran tahunan Education Egypt Malaysia (EME) bagi meraikan kejayaan mahasiswa dan mahasiswi yang telah berjaya menamatkan pengajian sarjana muda di Universiti Al-Azhar. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Aizal bin Anual Penasihat Pendidikan Kedutaan Malaysia Kaherah.

Isma Mesir sangat mementingkan kecemerlangan ahli. Hal ini kerana ianya adalah salah satu tujuan utama mahasiswa & mahasiswi yang belajar di perlembahan Nil.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *