Aktiviti | Riadah Mingguan ISMA Mesir.

Riadah mingguan ISMA Mesir berjalan dengan meriahnya minggu ini. Setiap pasukan bersemangat memberikan saingan yang sungguh mantap. Bukanlah jaringan yang dikejar semata-mata tetapi tautan ukhuwah di antara kami dapat dieratkan.

Sebelum berakhir, riadah kali ini turut diisi dengan tazkirah daripada tetamu istimewa Ust Sharipuddin. Beliau mengingatkan setiap ikhwah dengan beberapa renungan yang sangat penting dengan memetik firman Allah S.W.T berkenaan bagaimana taabud kita kepada Allah; (وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون).

Antara nasihat beliau “Setiap ikhwah perlulah mengabdikan diri (taabbud) kepada Allah secara syumul iaitu secara ruh dan jasad. Taabud kepada Allah bukanlah hanya pada ibadah khusus sahaja bahkan ianya lebih dari itu. Beliau memberikan contoh taabud jasad yang diperintahkan untuk menerima yang halal dan baik . Ianya perlu dilihat daripada sebesar-besar perkara seperti sistem kewangan negara sehinggalah sekecil-kecil perkara. Beliau menambah ” Sumber di bumi ini sangat banyak bahkan sepuluh kali ganda daripada bilangan penduduk di muka bumi,tapi bagaiamana manusia menguruskannya?”.

Isma Mesir sangat menekankan tentang hakikat taabud kepada Allah dalam tarbiyyah dan dakwah. Ianya untuk memastikan asas dalam kehidupan ahlinya kuat dan dapat menempuhi segala cabran dan ujian yang hadir.

Jumpa lagi pada riadah akan datang. InsyaAllah. 😊

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *