Berita | JAUDAH lengkapkan aktiviti korban Isma Mesir

13 Ogos, Selasa – Majlis Jamuan Aidil Adha Isma Mesir (JAUDAH) berjalan dengan lancar semalam di dewan Masjid Salam,Hayyu Asyir. Majlis yang bermula pada pukul 11 tengah hari tamat pada pukul 4 petang semalam.

Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk meraikan hari raya Aidil Adha bersama mahasiswa Malaysia di Mesir selain ingin memupuk semangat mahabbah dan ukhuwwah. Majlis ini dihadiri oleh pelbagai lapisan mahasiswa daripada bidang dirasat dan juga perubatan.

Majlis ini diadakan sebagai pelengkap program ibadah korban Isma Mesir pada semalam harinya. Sebanyak 30 ekor kambing dan 9 ekor biri-biri telah berjaya dikorbankan di belakang asrama pelajar Pahang, Hayyu Asyir.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *