BERITA | Ahlan Wa Sahlan buat mahasiswa dan mahasiswi baru ke perlembahan nil!

BERITA | Ahlan Wa Sahlan buat mahasiswa dan mahasiswi baru ke perlembahan nil!

16 APRIL, Kaherah – ISMA Mesir mengucapkan selamat datang kepada mahasiswa baru ke bumi Mesir,pada Ahad lepas.

Rombongan mahasiswa ini telah dikendalikan oleh pihak Kembara Mesir, sebuah jawatankuasa yang menguruskan pelajar yang bakal menyambung ke timur tengah di bawah kelolaan Biro Luar Negara ISMA.

Rombongan ini terdiri seramai 7 orang mahasiswa termasuk seorang mahasiswi dan diiringi oleh Ustaz Ehsan Shamsuddin telah pun selamat tiba di lapangan terbang Kaherah.

ISMA Mesir berharap semoga dengan kehadiran rombongan ini bakal melahirkan lebih ramai pelapis ulama yang menguasai ulum syara’ dan menambah nilai kekuatan buat ummah.

Comments

comments

Leave a Comment