PUISI | ANUGERAH TERINDAH

Seorang insan mulia pilihan Tuhan Yang Maha Esa,

Amanah dilaksana taat tanpa mengeluh sesaat.

Hilangnya dua permata sebagai pembangkit semangat,

Meluluhkan jiwa dengan takdir ujian yang berat.

Tetap teguhkan hati berazam dan bertekad,

Meneruskan amanat demi kesejahteraan umat.

Perginya ke Thaif bersama niat yang satu,

Pulangnya luka berdarah dibalasnya batu.

Malaikat gunung meminta izin merasakan murka,

Dihalang oleh baginda mendoakan bahagia.

Diperintahkan Allah pembelahan dada kali ketiga,

Zam-zam yang suci membersihkan hati membuang yang keji.

Malam yang sepi didatangi utusan daripada ilahi,

Buroq menjadi bukti tiada yang mampu menandingi.

Menuju masjidil aqsa dengan hanya sekelip mata,

Pada zahir jaraknya beribu-ribu kilometer.

Mendirikan solat sunat mengimami para nabi,

Mengangkat takbir sehati menyembah tuhan yang hakiki.

Menyambung perjalanan dibawa naik ke langit,

Bertemu para saudara memikul tanggungjawab yang sama.

Sidratul muntaha puncak langit yang tertinggi

Baginda bertemu Tuhan pemilik segala puji.

Solat difardhukan anugerah terbesar daripada Tuhan,

Sebagai asas keimanan tiang segala amalan.

Dikhabarkan kepada umat peristiwa penuh hikmat,

Mereka yang tidak kuat nescaya akan kembali murtad.

Kamarul Asraf bin Haji Azmi

Comments

comments

Leave a Comment