KOMUNITI | Dua Ahli ISMA Madinah Nasr Berjaya Bergelar Doktor Perubatan

RABAAH,24 Mac 2019 – Semalam, dua ahli Ikatan Muslimin Malaysia (Isma Mesir),Dr Amir Hamzah Bin Miswan dan Dr Fawwaz Bin Abdullah telah diraikan di Majlis Konvokesyen Azhar. Mereka berdua telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan jabatan konvensional, Universiti Al-Azhar.

Majlis konvokesyen yang dianjurkan oleh Kedutaan Malaysia Mesir ini bertempat di Pusat Konvensyen Al Azhar Rabaah, bagi meraikan kejayaan mereka setelah berjaya menamatkan pengajian di universiti tersebut. Pada majlis ini, seramai 130 graduan Malaysia telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan Azhar.

Dengan itu, ISMA Mesir berharap agar kejayaan dua ahli ISMA Madinah Nasr ini dapat membakar semangat seluruh ahli ISMA Mesir supaya bersungguh-sungguh dalam pelajaran serta menjadi qudwah kepada masyarakat perlembahan Nil amnya.

Comments

comments

Leave a Comment