AKTIVITI | Bengkel I-Media Anjuran ISMA-Mesir Terap Etika Media Profesional.


Madinet Nasr, 18 Mac – “Peranan media sekarang ini boleh menjadikan orang yang bersalah kepada tidak bersalah dan orang tidak bersalah kepada bersalah”,kata Ustaz Abdul Halim Ismail ketika memberikan ucapan perasmian bengkel I-Media 2019 di Pejabat Isma Mesir. Beliau selaku Ketua Biro Penerangan Isma Mesir telah merasmikan bengkel yang diadakan pada Sabtu lepas.

Dengan memfokuskan untuk membina kemahiran ahli Isma Mesir dalam media, pengarah program,Ustaz Rofiq Amin, telah mengingatkan para peserta: “ Ikhwah perlu bersungguh-sungguh dalam menghasilkan satu produk media yang mampu membantu dakwah Isma”.

Seiring dengan tuntutan dakwah Islam dan agenda yang dibawa oleh Isma Mesir, kemahiran yang diketengahkan seperti kemahiran kewartwanan, kemahiran penulisan, kemahiran rekagrafik dan kemahiran videografi.

Pada bengkel ini,pihak Isma Mesir menampilkan mereka yang berpengalaman seperti Ustaz Muhammad Hassan (Penulisan), Dr Uqbah Zaidi (Rekagrafik), Ustaz Ismail Jufri (Kewartawanan) dan Ustaz Usamah Zaidi (Videofoto) sebagai tenaga pengajar.

Bengkel itu telah diadakan selama sehari bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang di pejabat Isma Mesir.

Sebelum berakhirnya bengkel, setiap peserta diberikan sedikit tugasan dengan harapan setiap dari peserta mampu menerapkan segala etika profesional ke dalam kemahiran dakwah media massa.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *