KARISMA 19 : Eratkan Ukhwah Melalui Sukan

Aktiviti | Karisma 2019

9 Mac 2019,Sabtu – Bertepatan dengan tujuan penyatuan ukhuwah antara mahasiswa dan mahasiswi melalui sukan. Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Mesir (Isma Mesir) telah mengadakan Karnival Sukan Isma 2019 (KARISMA 2019) di Wafa el-Amal,Madinet Nasr. Antara sukan yang dipertandingkan ialah futsal,pingpong,badminton,chess dan jengga bagi ikhwah.

Selain itu,terdapat juga beberapa acara sukan untuk akhawat seperti bola jaring, badminton dan sukaneka.

Majlis perasmian yang bermula seawal 8.30 pagi di gelanggang bola jaring, mengetuk semangat semangat para peserta untuk memberi persaingan yang sengit.

Acara perasmian telah diserikan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh saudara Miqdad Fadzlan Shahidi sebelum ucapan pengarah program, Dr Muhammad Faris. Beliau mengingatkan kita bahawa: “Ukhwah kita adalah berdasarkan aqidah. Jangan membiarkan ada pihak yang cuba memecahbelahkan kita”.

Kemudian, ucapan perasmian telah disampaikan oleh pengerusi Isma Mesir, Ustaz Wan Ahmad Fathin. “ Ambillah peluang dalam setiap perkumpulan kita untuk saling berkenalan kerana ia adalah satu tanggungjawab kita sesama muslim” kata beliau. Acara perasmian ini disemarakkan dengan montaj persembahan silat oleh Kelab Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Mesir.

Setelah selesai acara perasmian, para peserta bergerak ke tempat perlawanan masing-masing. Semua acara pertandingan diadakan di Wafa’ Amal kecuali acara pingpong yang diadakan di Sarag Mall.

Pertandingan futsal telah diadakan di gelanggang futsal Wafa’ Amal. Ianya melibatkan 12 pasukan yang dibahagikan kepada dua pada peringkat kumpulan. Seterusnya,pada peringkat kalah mati menyaksikan pasukan Saff Etihad dan Alex Etihad mara ke final setelah masing-masing menewaskan Mansurah City dan Ani-anai FC. Melihat kepada keputusan perlawanan, juara adalah milik Saff Etihad setelah menewaskan naib juara Alex Etihad dengan keputusan 2-1. Manakala, Anai-anai FC tempat ketiga dan Mansurah City tempat keempat melalui penentuan sepakan penalti.

Di Sarag Mall pula, perlawanan pingpong berlangsung diantara enam pasukan yang dibahagi kepada dua pada peringkat kumpulan. Pasukan KPP dan Azhari PPC bertemu di final setelah menewaskan Black Mamba dan JTTC. Gelaran juara berjaya disandang Azhari PPC setelah menewaskan KPP selaku naib juara. Black Mamba pula telah merebut tempat ketiga daripada JTTC.

Pada acara lain, juara catur berjaya disandang oleh saudara Hisyamuddin manakala juara jengga berjaya disandang oleh saudara Zaid Zainurrashid. Untuk pengetahuan, terdapat satu lagi acara yang berlangsung sebelum hari tersebut iaitu badminton dan larian mileage.

Dalam pada masa yang sama, Isma Mesir telah membuka booth ‘Malaysia Negara Islam’ bagi mengumpulkan tandatangan mahasiswa tanda sokongan mereka bahawa Malaysia adalah negara Islam.

Akhir sekali, majlis penutup dan penyampaian hadiah diadakan di dalam gelanggang futsal Wafa’ Amal bagi acara futsal, badminton, catur, jengga dan larian mileage. Manakal, penyampaian hadiah bagi pertandingan pingpong berlangsung di Sarag Mall. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih atas penyertaan dan kerjasama para peserta.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *