Liga Isma Mansurah 2019: Mengeratkan Ukhuwwah.

Aktiviti | Liga Futsal Mansurah

6 Mac 2019, Rabu – Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Mesir (Mansurah) telah mengadakan kejohanan liga futsal terbuka kepada seluruh mahasiswa perubatan Mansurah untuk sesi 2019 di gelanggang futsal Istad Gamaah, Mansurah.

Kejohanan liga futsal ini menyaksikan sebanyak 6 pasukan bakal berentap merebut gelaran Juara yang bakal berlangsung selama 8 minggu bermula semalam.

“ Ini adalah permulaan yang baik, kita mengadakan kejohanan ini bertujuan menyahut seruan ilahi mengenali dan mengukuhkan ukhwah sesama kita(islam), dan menyahut seruan akal yang cerdas pada badan yang cergas “, kata Ustaz Syirwan Zakaria selaku ketua syukbah cawangan Mansurah sekaligus merasmikan kejohanan Liga Futsal Isma Mansurah semalam.

Berikut merupakan senarai pasukan yang menyertai Liga Futsal Isma 2019 :

  1. Etihad Dream
  2. Alitalia Homes
  3. Jet Star
  4. Cathay Dragon
  5. Royal Dutch
  6. Aeroflot X

Perlawanan pembukaan semalam menyaksikan perlawanan sengit antara Etihad Dream (mewakili Isma) bertemu pasukan Jet Star berkesudahan dengan 3 mata pertama berjaya dipungut oleh pasukan Etihad Dream.

Pada minggu pertama ini,pasukan Alitalia Homes telah dinobatkan ‘Pasukan Terbaik Mingguan’ manakala pemain mereka pula, Muhammad Amin dipilih menjadi ‘Pemain Terbaik Mingguan’.

Liga Futsal Isma Mansurah 2019 akan terus berlangsung pada setiap hari Rabu di gelanggang futsal Istad Gamaah, Mansurah yang akan berakhir pada 24 April 2019. Penganjuran liga seperti ini diharap dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama peserta disamping melahirkan mahasiswa yang aktif dalam bidang kesukanan mahupun bidang pelajaran. Bole ikuti perkembangan Liga Isma Mansurah di Facebook Isma Mesir dan instagram @ligaismamansurah .

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *