KARISMA 2019: Pasukan Khulafa’ Juara Menewaskan Pasukan I-Smash.



Aktiviti | KARISMA 2019

3 MAC 2019,Ahad – Pada hari Jumaat yang lepas Ikatan Muslimin Malayisa cawangan Mesir (Isma-Mesir) telah mengadakan program Karnival Sukan ISMA 2019 (KARISMA 2019) bagi acara Badminton di gelanggang badminton Wafa’ Amal.

Program bermula dengan sesi pendaftaran seawal 11.00 pagi.  Para peserta berkumpul di hadapan dewan gelanggang bagi acara pembukaan pada pukul 1.15 tengah hari selepas solat Jumaat. Ianya telah dirasmikan oleh wakil Jawatankuasa Isma-Mesir, Ust Abdul Halim Ismail. Beliau telah mengingatkan tentang sifat sobwah(kebudak-budakan). “ Allah SWT kagum dengan pemuda yang tiada sifat sobwah dan beramal dengan bersungguh-sungguh dalam kehidupan. Mereka yang mempunyai sifat sobwah sering ketinggalan dan akan menyesal”,Ust Abdul Halim,Jkc Isma Mesir. Seterusnya,peserta diberi taklimat tentang pertandingan oleh pengarah program,Ust Izzat Abdul Wahab.

Terdapat enam pasukan yang bertanding didalam kejohanan ini dan setiap tim mempunyai tujuh orang wakil. Semua pasukan dibahagikan kepada dua peringkat kumpulan yang mana kumpulan A;

  1. Pasukan AlexMans
  2. Pasukan Perak
  3. Pasukan I-smash

Manakala kumpulan B;

  1. Pasukan Rijal
  2. Pasukan Bossku
  3. Pasukan Khulafa’

Seterusnya, pada peringkat semi final menyaksikan pasukan Perak bertemu dangan pasukan Khulafa’ dan pasukan I-smash bertemu dengan pasukan Bossku. Setiap perlawanan pada peringkat ini sangat sengit. Keputusannya menyaksikan pasukan I-smash dan pasukan Khulafa’ mara bertemu di final. Manakala pasukan Perak dan pasukan Bossku merebut untuk tempat ketiga.

Perlawanan final berlangsung dengan sangat sengit antara pasukan I-smash dan pasukan Khulafa’. Melihat kepada keputusan,juara telah memihak kepada pasukan Khulafa’ dan tempat kedua jatuh kepada pasukan I-smash. Pada perlawanan di gelangang sebelah pula menyaksikan pasukan Perak meraih tempat ketiga dan pasukan Bossku tempat keempat.

Akhir sekali acara penutup serta gimik penyampaian hadiah diadakan di dalam gelanggang. Pengarah program mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang pertandingan. Para pemenang dan peserta telah dijemput untuk mengambil hadiah dan memeriahkan lagi program kemuncak KARISMA 2019 pada 8 Mac ini.



Comments

comments

Leave a Comment