ISMA MESIR UNGGULI DUA ANUGERAH TOKOH DALAM MAJLIS KONVOKESYEN AL-AZHAR

Sesi bergambar graduan Isma-Mesir dan ahli Isma-Mesir.

KAHERAH, 27 September 2018 – Majlis konvokesyen pada kali ini sekali lagi membuktikan kecemerlangan ahli Isma Mesir dalam bidang akademik, dengan menyaksikan Anugerah Tokoh Imam Akbar dan Imam Syafie kedua-duanya dirangkul oleh ahli Isma Mesir.

Ustaz Hikmat(kiri) dan Ustaz Soleh(kanan), penerima anugerah Imam Syafie’ dan Imam Akbar. [kredit foto: Ustaz Soleh]

Mereka ialah Ustaz Soleh bin Hashim, penerima anugerah pertama serta Ustaz Hikmat bin Esa, penerima anugerah kedua. Anugerah Tokoh Imam Akbar dan Imam Syafie ini juga telah diungguli oleh ahli-ahli Isma Mesir pada tahun lepas dan dua tahun lepas.

Ucapan daripada penerima anugerah Imam Akbar, Ustaz Soleh.

“Apa seterusnya?” bertanya Ustaz Soleh, pemegang anugerah Imam Akbar kali ini, ketika berucap didepan graduan Universiti Al-Azhar dan tetamu disitu.

Suasana sepi dan beliau menyambung ucapannya,
“Terpulang pada anda semua, sama ada nak sambung Master atau terus bekerja. Tapi ingat, masyarakat sekarang mempunyai masalah sosial dan agama yang tinggi. Kita sebagai pemegang risalah Azhar, perlu menyumbang sesuatu pada masyarakat kita. Mungkin kita belum lagi berdepan dengan masalah sebenar yang dihadapi masyarakat kita. Maka bersiap sedia kerana mereka adalah tanggungjawab kita bersama.”

Majlis telah dirasmikan oleh TYT Amb. Mohd Haniff Abd Rahman, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir. Keseluruhan ahli Isma-Mesir yang diraikan pada majlis tersebut adalah seramai 12 orang, 8 lelaki dan 4 perempuan.

Majlis konvokesyen anjuran Education Malaysia Egypt (EME) ini dijalankan di Dewan Persidangan, Fakulti Pendidikan Universiti Al-Azhar, Hayyu Sadis, bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. Dengan kehadiran ratusan tetamu yang terdiri daripada pegawai, ibu bapa dan mahasiswa dari pelbagai negeri yang berjaya menghidupkan lagi suasana pada majlis tersebut. Majlis itu diakhiri dengan ucapan perasmian penutup oleh En Aizal Anual, Menteri Penasihat (Pendidikan) Malaysia-Mesir.

Comments

comments

Leave a Comment