Isma-Mesir Sambut Seruan Kerjasama dan Kesepakatan.


ABBASIAH, 23 September – Semalam, pada 22 September 2018, Isma-Mesir telah menyahut seruan kerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Mesir dan EME dengan menyertai Majlis Persidangan dan Muhasabah MP3M dibawah anjuran pihak MP3M sendiri yang bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK).

Sebanyak 31 persatuan yang berdaftar dibawah pihak EME telahpun menyertai persidangan tersebut dan Isma-Mesir tidak terlepas dalam menyambut baik seruan ini.

Dua orang wakil Isma-Mesir telahpun dihantar dalam menyertai persidangan ini, Ustaz Ismail Juffri dan Ustaz Firdaus Fakri.

Majlis ini telah dipimpin oleh TYT Mohd. Haniff bin Abd. Rahman, Duta Besar Malaysia Ke Republik Arab Mesir dan Palestin. Antara acara paling besar semalam ialah pengundian untuk memilih barisan sekretariat MP3M untuk sesi seterusnya. Keputusan mengumumkan persatuan Haluan mendapat undian terbanyak untuk menjadi Setiausaha Agung MP3M pada sesi yang akan datang.

Diharap majlis ini akan membuahkan hasil yang baik untuk masa depan persatuan Malaysia di Mesir dalam menyambut baik seruan duta iaitu, kerjasama antara persatuan seiringan dengan 4 seruan Isma-Mesir yang telah lama dilaungkan suatu ketika dahulu terhadap mana-mana persatuan Malaysia di Mesir.

Comments

comments

Leave a Comment