Isma-Mesir Memperkenalkan Agenda Pembinaan Mahasiswa Muslim Kepada Kedutaan Malaysia-Mesir Dan 30 Persatuan Mahasiswa Mesir.

ABBASIAH, 18 September – Telah berlangsung sesi perkenalan keseluruhan persatuan Malaysia di Mesir bersama pihak kedutaan tempoh hari. Program ini berlangsung pada 12 September 2018 di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK).

Isma-Mesir tidak terlepas dalam memperkenalkan identiti Isma-Mesir sebagai sebuah persatuan yang menitikberatkan pembinaan syakhsiah, akademik dan juga kebajikan pelajar.

Tiga orang wakil Isma-Mesir telah menghadiri pada majlis tersebut bagi menyambut baik pelawaan kedutaan ke majlis taaruf tersebut.

Ustaz Abdur Rahman B. Ahmad Raji, Timbalan Pengerusi Isma-Mesir sesi 2018, telah memberi sedikit sebanyak perkenalan tentang Isma-Mesir dihadapan TYT Mohd. Haniff Bin Abd. Rahman, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir dan Palestin dan 30 persatuan yang lain.

Antara ucapan yang dapat dipetik daripada majlis tersebut,
“Fokus Isma-Mesir adalah membina semula jati diri mahasiswa Malaysia di Mesir dan juga kecermelangan akademik mahasiswa. Kita telah berjaya membuktikannya melalui kecermelangan akademik. Di antara ahli kami, ada yang telah diiktiraf sebagai anugerah Imam Akbar, Imam Syafie’, Imam Nawawi dan lain-lain pengiktirafan dalam majlis konvokesyen yang dianjurkan sendiri oleh pihak KBMK pada sesi sebelum ini”.

 

 

 

 

 

 

 

Pada akhir program tersebut, Isma-Mesir telah menghadiahkan sebuah buku pengenalan Isma-Mesir kepada pihak kedutaan, TYT Mohd. Haniff Bin Abd. Rahman, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir dan Palestin.

Akhir sekali, Isma-Mesir mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada pihak kedutaan dan juga semua pihak yang terlibat kerana dapat menjayakan sebuah program yang bermanfaat ini.

Semoga kesemua persatuan Malaysia di Mesir dapat menghidupkan budaya saing yang sihat dalam membawa persatuan masing-masing yang dapat memberi manfaat kepada kesemua pelajar Malaysia di Mesir.

Comments

comments

Leave a Comment