AKTIVITI | MENEROKAI DUNIA MEDIA


MADINAT NASR, 25 Februari : Biro Penerangan Isma Mesir sekali lagi menganjurkan I-Media 2018 bagi meningkatkan potensi mahasiswa dan mahasiswi yang baru menerokai dunia media menuju ke arah profesional. Peserta Ikhwah dan akhawat dibahagikan kepada 3 bahagian mengikut minat mereka iaitu reka grafik, videografi dan kewartawanan.

“Acapkali kita dengar, keburukan berleluasa di media sosial tapi jarang sekali kita dengar kebaikan berleluasa. Kenapa? Salah satu sebabnya, orang Islam sendiri gagal menguasai dunia media dengan sebaiknya.” ujar Pengarah I-Media, Ustaz Akram Zulkifli ketika pembukaan I-Media.

Beliau juga berharap peserta dapat menerapkan nilai kerja berpasukan disamping mendapat latihan yang berkesan.

Turut hadir bersama JKC Biro Dakwah dan Penerangan,Ustaz Qatadah Ismail. Kata beliau dalam ucapan perasmian “Ini adalah sebagai titik tolak untuk kita terus belajar dan menguasai media sehingga kita dapat menandingi media-media barat.”

Program itu telah diadakan selama sehari di Pejabat Isma Mesir bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang, semalam.

Isma Mesir menjangkakan kejayaan mahasiswa dan mahasiswi mesir ke tahap profesional dapat dicapai jika program sebegini dapat diteruskan hingga ke masa akan datang.

 

Comments

comments

Leave a Comment