Aktivis Isma Mesir Iskandariah Capai Kecemerlangan Dalam Akademik

ISKANDARIAH, 31 DISEMBER 2017 – Seramai lebih dari 100 graduan kuliah perubatan telah diraikan pada Majlis Graduasi Iskandariah Universiti 2010/2016 bertempat di Idarah Am Universiti Iskandariah, Khamis lalu. Majlis ini turut meraikan tiga orang ahli Isma Mesir yang berjaya menamatkan pengajian mereka dengan jayanya.

Mereka adalah:
1. Ahmad Hilman Bin Mohamed @ Harun
2. Muhammad Aiman Bin Mohd Radzman
3. Kautsar Binti Mohd Zahari

Tambahan pula, saudara Hilman telah mendapat anugerah terbaik Cardiology dan tempat ke-4 keseluruhan. Beliau juga cemerlang secara konsisten sepanjang pengajian. Antara pesanan beliau ialah “masih belum terlambat untuk berjaya”. Semoga dengan kejayaan mereka menjadi pemangkin kepada mahasiswa/wi di Mesir untuk meraih yang terbaik dalam akademik.

Majlis graduasi tersebut telah berlangsung dari jam 9.30 pagi sehingga jam 1.30 petang.

Comments

comments

Leave a Comment