Doktor Gigi Ummah Menggengam Sekalung Ijazah Sarjana Muda

KAHERAH, 1 NOVEMBER 2017. Sekalung tahniah kepada graduan Pergigian Al-Azhar, Nur Ilmi Hafizah bt Mohamad Zakaria, atas kejayaan beliau menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pergigian. Disamping itu juga, beliau merupakan ahli Isma Mesir bagi syukbah Hayyu Sabi.

Anak pertama dari empat orang adik beradik ini, memegang erat dengan motto hidup ‘ usaha untuk lakukan yang terbaik dalam apa juga keadaan’ menjadikan beliau lebih tabah dalam menjalani liku-liku kehidupan sepanjang menjadi mahasiswa di Al-Azhar.

“Perjalanan untuk menuntut ilmu bukanlah suatu jalan yang mudah, pasti kadang kala terasa penat dan sakit. Namun, bulatkan tekad untuk sentiasa kuat untuk bangun semula setiap kali terjatuh. Ingatlah, jangan berputus asa sekarang, kerana terlalu banyak kejayaan yang menanti di hadapan. Seorang penuntut ilmu perlulah kuat dalam usaha, yakin pada pertolongan Allah itu sangat dekat dan majulah melangkah. Setelah memperoleh sesuatu ilmu itu, sematkan dalam diri dan sebarkan ia, nescaya bumi ini akan makmur dengan ilmu berguna. Akhir kata, jangan berhenti daripada terus belajar dan terus belajar.” Demikian nasihat Nur Ilmi kepada mahasiswa lain.

Majlis konvokesyen yang ke-4 ini telah dianjurkan oleh pihak Universiti di Dewan Kuliah Bahasa Arab, Universiti Al Azhar Banin bagi meraikan kejayaan mereka setelah berjaya menamatkan pengajian di universiti tersebut dan berakhir pada jam 3.00 petang.

Isma Mesir mendoakan agar beliau terus bersemangat dan menjadi manfaat buat ummah.

Comments

comments

Leave a Comment