Graduan Pergigian Tanta Aset Ummah

 

TANTA, 18 Oktober 2017- Isma Mesir mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada graduan Pergigian tanta, Nurul Athifah binti Abdullah yang merupakan aktivis Ikatan Muslimin Malaysia ( Isma Mesir) . Bersama-samanya, 46 graduan Malaysia dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pergigian Tanta.

Majlis konvokesyen ini dianjurkan pihak universiti bagi meraikan kejayaan mereka setelah berjaya menamatkan pengajian di universiti tersebut.

“Effort will never betray you. Through your dream might not come true, but with effort it will satisfy you in the end”. Itulah moto hidup saudari Athifah sepanjang pengajiannya sehingga beliau berjaya mengecapi kejayaannya hari ini.

Isma Mesir mengharapkan agar beliau menjadi aset dan permata ummah serta memberi manfaat kepada agama,bangsa dan negara.

Majlis konvokesyen  ini berakhir pada jam 2.30 petang.

Comments

comments

Leave a Comment