Ketua Syukbah Isma Madinat Nasr Cemerlang Akademik

 

Kaherah, 23 September | Baru-baru ini, Anugerah Imam Syafie telah menjadi milik saudara Ahmad Lutfi bin Paridin yang merupakan pelajar terbaik keseluruhan fakulti Syariah Islamiah dalam Majlis Konvokesyen kali ke-11, Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK).

Beliau yang merupakan aktivis Isma dan memegang jawatan selaku Ketua Syukbah Isma Madinat Nasr ini juga turut mencatat keputusan Jayyid dengan memperoleh markah keseluruhan sebanyak 73.04 %, sekaligus melayakkan beliau memperoleh anugerah tersebut.

Konsistensi beliau dalam empat tahun pengajian ini juga tidak dinafikan apabila sentiasa memperoleh keputusan baik dalam setiap peperiksaan Al-Azhar.

“Saya sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan segala usaha dan daya yang berterusan dari awal hingga kini akhirnya membuahkan hasil.” kata beliau semasa ditemu ramah.

Beliau juga berkongsi tips dan cara untuk cemerlang dalam akademik.

“Kita perlu mencari asbab kepada kecemerlangan seperti anak murid Imam Syafie yang sentiasa mengulang berpuluh-puluh kali sehingga benar-benar faham. Juga tidak lupa perkara lain seperti beribadah, berqiamullail di malam hari, bersedekah dan amalan-amalan yang menguatkan hubungan kita dengan Allah s.w.t.”

Comments

comments

Leave a Comment