Aktivis ISMA Buktikan Kecemerlangan


Kaherah, 20 September | ISMA Mesir bukan sahaja melahirkan duat yang sentiasa bersedia dengan segala cabaran yang mendatang, malahan ramai dalam kalangan aktivis memiliki kecemerlangan dalam bidang akademik.

Hal ini dapat dibuktikan apabila dua aktivis ISMA Mesir telah berjaya meraih dua anugerah pelajar terbaik mengikut fakulti masing-masing dalam Majlis Konvokesyen kali ke-11, Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar yang bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK).

Majlis yang berprestij yang dihadiri oleh 183 graduan daripada pelbagai jurusan ini menjadi saksi apabila saudara Ahmad Lutfi bin Paridin telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Imam Syafie bagi fakulti Syariah Islamiah dengan memperoleh gred jayyid. Manakala, Anugerah Imam Asy-Syatibi pula menjadi milik saudari Nur Diyana binti Zwlkifli yang merupakan satu-satunya graduanita dalam bidang Qiraat dengan gred jayyid.

Berikut merupakan senarai penerima sijil Ijazah Sarjana Muda bagi aktivis ISMA Mesir dalam setiap jurusan;

1. Syariah Islamiah;

– Abdul Munim Afifi bin Abdul Hamid – Jayyid
– Nik Aziz bin Wan Mohd Saferdin – Jayyid

2. Ulum Islamiah ;

– Ahmad Nawal bin Mazlan – Jayyid Jiddan
– Muhd Iqbal bin Saedal Attas – Jayyid
– Wan Ahmad Fathin bin Wan Johari – Jayyid
– Sakinah binti Abdul Samad – Mumtaz

3. Usuluddin ;

– Luqman Hakim bin Muhd Annuar – Jayyid
– Muhammad bin Mohd Hasan – Jayyid

Aktivis yang turut berjaya menamatkan pengajian mereka ;

1. Syariah

– Abdul Aziz bin Zamri
– Ira Amirul bin Razali
– Mohd Akhmal Fiqri Bin Md Nor
– Muhammad Rusydan bin Yusof -Jayyid Jiddan
-Nik Mariyyah Al -Qibtiyyah bt Nik Ab Rahim
-Nahdiyyah bt Rushdan
-Nur Afifah Hanani bt Azra’i
-Natasha Rina bt Tumiran
-Nurul Afni bt Harun
-Nurul Aezzah bt Amiruddin

2. Ulum Islamiah ;

-Muhammad Muadz bin Muhammad Rais- Jayyid

ISMA Mesir mengucapkan jutaan tahniah buat seluruh mahasiswa-mahasiswi yang telah berjaya menghabiskan pengajian.

Comments

comments

Leave a Comment