Kelahiran Mujahidah Pewaris ‘Saidatina Khadijah’

 

ABBAS AKKAD, 9 September – Ahli Jawatankuasa HED Isma Mesir, Ustaz Ahmad Qatadah bin Ismail bersama isterinya, Fathiah Solehah binti Ismail selamat menimang cahaya mata mereka yang pertama.

Puteri sulung ini telah selamat dilahirkan tepat jam 1.40 petang dengan berat 3kg di Hospital Al-Judy, Abbas Akkad.

Ustaz Qatadah sedang menuntut Master di Open Universiti, Cairo dalam jurusan Syariah Islamiah manakala isterinya pula sedang menuntut pengajian Ulum Islamiah tahun empat di Universiti Al- Azhar. Ustazah Fathiah juga merupakan ahli Majlis Tertinggi Isma Mesir cawangan Hayyu Sabie.

Isma Mesir mengucapkan sekalung tahniah buat pasangan ini atas kelahiran mujahidah sulung mereka.

Didoakan agar kelahiran bayi fitrah ini mewarisi perjuangan ibu ayahnya dalam gerabak dakwah dan tarbiyah.

Comments

comments

Leave a Comment