Perjuangan Melayu Dikenang di Bkan Johor Rabaah

 

 

MADINAT NASR, 30 Ogos – Telah berlangsung semalam Kaleem Ma3na sebuah program berbentuk ‘talk show’ yang dijalankan sempena kempen kemerdekaan selaras dengan tajuknya ‘Pengorbanan Memerdekakan Negara’.

Antara tujuan forum ini diadakan adalah :

1) Menyedarkan mahasiswa Mesir akan jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang Melayu
2) Menyemarakkan semangat patriotik cintakan negara
3) Menyedarkan mahasiswa akan ancaman dan agenda China dalam usaha menakluk Tanah Melayu.

Saudara Zaid Zainurrashid yang merupakan pelajar tahun 4 Universiti Al-Azhar mengulas tentang slogan ‘Perjuangan Menegakkan Aqidah’ katanya, ” Walaupun negara arab merdeka, namun mereka didominasi oleh orang lain. Berbeza dengan Gaza, bebas untuk menentukan hala tuju mereka sendiri. Merdeka daripada penjajah dalam bentuk ‘hard power’ dan ‘soft power'”.
Muqaddimah Ibn Khaldun ada menyebut “Orang yang dijajah ialah mereka yang secara rela menerima ideologi penjajah dalam seganap sudut.”
Jepun, us dan cina menanam nilai-nilai melalui filem bukan tidak sengaja, semuanya ‘well planned’.”

Majlis dimeriahkan lagi dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan kuiz kemerdekaan juga mencipta Sajak Patriotik serta diakhiri dengan solat hajat bagi memohon kesejahteraan untuk para pejuang tanah air.

Hampir 100 mahasiswa dan mahasiswi dengan semangat cintakan negara membanjiri rumah Johor rabaah.

Comments

comments

Leave a Comment