ISMA, ABIM, MTPAJM Berganding di Gelanggang Bola Jaring Merdeka

 

 

Madinah Nasr, 26 Ogos – Perlawanan persahabatan bola jaring kemerdekaan semalam telah menemukan pemain-pemain handal dari 2 pasukan rasmi Wanita Isma Mesir, ABIM Mesir dan MTPAJM yang telah berlangsung di Nadi Syabab.

“Perlawanan persahabatan ini membuktikan semakin ramai mahasiswi di Mesir mula menyahut seruan keterbukaan dari Isma Mesir”, kata saudari Sumaiyah Binti Rushdan sebagai Timbalan Ketua Wanita dalam ucapan perasmian beliau.

“Semoga perlawanan ini menjadi titik tolak untuk mahasiswi Mesir lebih mengenali antara satu sama lain” kata pengarah program saudari Qatrul Aini Binti Ismail pula.

Program ini dijalankan sempena Kempen Kemerdekaan yang dianjurkan oleh Biro Dakwah Pusat Isma Mesir bertemakan ‘Perjuangan Menegakkan Aqidah’.

Antara objektif yang telah digariskan ialah :

1) Memasyarakatkan dakwah Isma Mesir dalam kalangan mahasiswa.
2) Mengeratkan hubungan antara mahasiswa meskipun berbeza latar belakang persatuan.
3) Menghidupkan roh kemerdekaan dalam kalangan mahasiswa.

Perlawanan sengit antara pasukan dapat disaksikan pada setiap pusingan.

Oleh itu, Isma Mesir mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada persatuan-persatuan yang telah turut serta dalam perlawanan persahabatan kali ini.

Acara ini diakhiri dengan penyampaian saguhati kepada semua pasukan dan sesi bergambar beramai-ramai.

Comments

comments

Leave a Comment