Mahasiswi Selangor tahun akhir meninggal di pangkuan suami

Kaherah, 21 Ogos- Seorang mahasiswi Selangor telah dilaporkan meninggal dunia di kediaman rumahnya pada jam 3.55 pagi (waktu Mesir) tadi.

Norsyafikah bt Abdul Razak, 26, mahasiswi tahun akhir kuliah Bahasa Arab telah menghembuskan nafas terakhir di pangkuan suaminya, Muhammad Asyraf bin Maaruf, 26, yang juga merupakan tahun akhir kuliah Bahasa Arab.

Menurut Muhammad Asyraf, isterinya dalam keadaan sesak nafas ketika bangun dari tidur untuk menunaikan solat fardhu subuh dan dalam keadaan yang tidak dijangka, beliau tenat menahan sesak nafas seterusnya meninggal dipangkuan suaminya.

Kedua-dua pasangan ini dikatakan tiba di Mesir pada seminggu yang lalu untuk mengambil peperiksaan lanjutan ( tasfiah ) dan isteri Muhammad Asyraf sedang mengandung 2 bulan.

Pejabat Atase Pendidikan Selangor akan menguruskan jenazah almarhumah dan keluarga arwah di Malaysia juga telah dihubungi dan mereka bersetuju untuk menghantar jenazah pulang ke Malaysia untuk kebumikan di sana.

Allahyarhamah Norsyafikah telah meninggalkan seorang suami dan seorang anak lelaki.

Isma Mesir mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Asyraf dan semoga sentiasa bersabar dan reda dengan ketentuan Allah serta pemergiannya ke alam yang kekal.

Comments

comments

Leave a Comment