Tiada pelajar Malaysia terlibat dalam kemalangan kereta api di Iskandariah

KAHERAH, 18 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 28 terbunuh manakala lebih 55 lagi cedera apabila dua kereta api penumpang bertembung di Iskandariah, kata pihak berkuasa dan perubatan Mesir, hari ini.

Kejadian berlaku ketika sebuah kereta api berlepas dari Pelabuhan Said, manakala sebuah lagi dari Kaherah, bertembung tidak jauh dari Stesen Khorshid menyebabkan beberapa gerabak terkeluar dari landasan, lapor agensi berita Mesir, MENA.

Akhbar Al-Ahram pula melaporkan 28 mayat telah tiba di sebuah hospital di Iskandariah. Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Mesir berkata, setakat ini 20 disahkan terbunuh, manakala 84 lagi cedera. – Agensi

Comments

comments

Leave a Comment