100 Mahasiswa terima seruan Isma Mesir

MADINAH NASR, 7 Ogos – Telah berlangsung Program Ehlam Maana di surau rumah Negeri Johor, Hayy Thamin pada hari Sabtu, 5 Ogos yang lalu. Kira-kira seramai 100 orang mahasiswa-mahasiswi telah hadir memeriahkan program ini.
Program yang berkonsepkan forum dan sembang santai ini bermula pada jam 7.00 petang sehingga jam 10.00 malam.

Antara objektif program ini diadakan adalah untuk menyampaikan seruan ISMA kepada mahasiswa-mahasiswi di Mesir juga menjelaskan persepsi-persepsi mereka terhadap ISMA.

Moderator : Amir Hamzah bin Mohd Miswan , tahun 5 perubatan Al-Azhar.

Panel 1 : Ahmad Aqil bin Mohd Rozain , tahun 4 syariah islamiah Al-Azhar

Panel 2 : Wan Ahmad Fathin bin Wan Johari , graduan ulum islamiah Al-Azhar

Panel 3 : Nor Shazzreen binti Jamil , tahun 6 perubatan Universiti Kaherah

Program ini juga turut diserikan lagi dengan persembahan pidato, tayangan video dan nasyid yang telah dipersembahkan oleh kumpulan NASEH.

Booth ‘Kenali ISMA’ juga telah dibuka sebagai tempat untuk mengenali Isma dengan lebih dekat dan memberi peluang untuk mereka mengisi borang penyertaan Isma Mesir bagi yang berminat.

Comments

comments

Leave a Comment