Musa anak syurga pinjaman Ilahi


KAHERAH, 3 Ogos – Isma Mesir mengucapkan takziah kepada pasangan aktivis isma atas pemergian anak sulung mereka semalam.

Musa Bin Luqman merupakan anak kelahiran Mesir pada tarikh 25 julai 2017. Pada usianya 9 hari, bayi ini telah dijemput oleh Allah kembali disisiNya.

Bayi ini merupakan anak sulung kepada saudari Nurul Afni Binti Harun dan suaminya saudara Luqman Bin Sharifuddin. Nurul Afni merupakan Setiausaha Biro Wanita Isma bagi cawangan Mesir.

Kematian bayi ini adalah berpunca daripada jangkitan pada paru-parunya. Hal ini mengakibatkan penafasannya terganggu dan ditempatkan  di dalam incubator sejak kelahirannya.

Bayi ini telah selamat dikebumikan usai solat jenazah di Masjid Salam, Hayyu Asyir selepas solat asar berjemaah.

Comments

comments

Leave a Comment