Timbalan ketua wanita Isma Mesir selamat membina bahtera dakwah

KAHERAH, 31 Julai – Timbalan Ketua Wanita Isma Mesir, Sumaiyah Binti Rushdan telah selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya Luqman Hakim Bin Mohd Annuar yang merupakan Majlis Tertinggi Isma Syukbah Iskandariah dengan sekali lafaz.

Beliau yang merupakan anak ke 4 daripada 10 adik beradik ini telah melangsungkan majlis walimahnya serentak bersama adiknya Zinnierah Binti Rushdan dan abangnya Muadz Bin Rushdan.

Zinnierah merupakan Timbalan Biro Komunikasi Isma Mesir bersama pasangannya Muhammad Nurrasyed Bin Mohd Samsudin sebagai Setiausaha Sekteriat Biro Pengkaderan Isma Mesir.

Ketiga-tiga adik beradik ini merupakan anak kepada Ustaz Rushdan Bin Abd Halim dan Ustazah Norhayati Binti A Salleh. Keduanya merupakan Jawatankuasa Isma Pusat (JKP) dan Ketua Wanita Isma Kuantan.

Isma Mesir dari Syukbah Madinat Nasr dan Hayyu Sabi’ mendoakan semoga rumah tangga yang dibina menjadi bait muslim qudwah buat masyarakat dan diredhai Allah s.w.t.

Majlis ini telah berlangsung pada 29 Julai 2017 di perkarangan rumahnya di Kuantan.

Comments

comments

Leave a Comment