MUIS Bersedia Melahirkan Generasi Ulama Mujtahid

KAHERAH, 24 Julai – Majlis Ulama Isma Mesir (MUIS) telah menganjurkan Madrasah Takwin Ulama selama 3 hari bermula daripada 20 sehingga 22 julai bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah, Kaherah.

Program ini merupakan salah satu inisiatif MUIS dalam melahirkan para pelapis ulama’ yang benar dalam kefahaman agama mereka. Hal ini supaya akhirnya mereka mampu menggantikan delegasi ulama’ di Malaysia pada masa akan datang.

Antara objektif yang telah digariskan oleh MUIS ialah memberi kesedaran akan amanah yang dipikul oleh mahasiswa sebagai penuntut ilmu Syariah Islamiah. Hal ini agar mahasiswa mampu memanfaatkan sepenuhnya masa mereka sepanjang menuntut ilmu di Mesir.

Ustaz Muhammad Qutaibah Bin Ismail sebagai pengerusi MUIS berkata dalam ucapan beliau “sebagai penuntut ilmu agama kita bertanggungjawab kepada masyarakat untuk memberi kefahaman tentang Islam yang benar. Maka perbanyakkan bahan bacaan dan perbincangan bagi meningkatkan pengetahuan kita”.

Program ini dimeriahkan lagi dengan jemputan khas Dr. Mahmud Abdurrahman sebagai Ketua Jabatan Usul Feqh Kuliah Syariah, Universiti Al-Azhar dan Dr. Hasan Yunus PHD Tafsir dan Ulum Quran Kuliah Dakwah Islamiah.

Turut dijemput Ustaz Syamil Esa, Ustaz Umar Farouq Morhalim, Ustaz Muhammad Qutaibah Ismail dan Ustazah Maryam Mohd Din sebagai penceramah sepanjang program ini dijalankan.

Pada majlis penutup hari ini Ustaz Ahmad Buhairi Bin Nawawi sebagai Setiausaha Kedua Pendidikan berkata “biasanya mereka yang cemerlang dalam akademik ialah mereka yang cemerlang dalam persatuan. Hal ini kerana mereka mampu mengurus diri mereka dengan baik walau di mana mereka berada”.

Akhir sekali, pengerusi MUIS mengharap agar ahli MUIS mampu membuat persiapan yang baik sepanjang fasa pendidikan ini sebelum kita turun di medan sebenar di Malaysia nanti.

Comments

comments

Leave a Comment