Ilmu Perlu Diikat Dengan Kerangka Iman Dan Harakah

KAHERAH, 24 Julai – Ustaz Syamil Esa berkata “ilmu itu perlu diikat dengan kerangka iman dan harakah” ketika slot ceramah beliau yang bertajuk Halatuju Rabbani Dalam Ilmu di program Madrasah Takwin Ulama’ semalam.

Ustaz Syamil merupakan calon Master Usul Feqh di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Beliau juga merupakan anak kelahiran Wilayah Kuala Lumpur.

Kata beliau lagi dalam ceramahnya “sebagai penuntut ilmu, bukanlah pelumbaan siapa paling banyak ilmu menjadi tujuan utama ilmu itu dikejar, namun kita perlu meletakkan tujuan yang lebih besar seperti mengangkat Islam itu di tempat yang tinggi”.

Hal ini kerana matlamat yang jelas itu mampu melahirkan penuntut ilmu yang ikhlas dalam memperjuangkan ilmu tanpa memiliki kepentingan peribadi sehingga ilmu-ilmu tersebut di salah gunakan.

Oleh itu, beliau menyeru agar para penuntut ilmu meletakkan matlamat yang benar atas setiap ilmu yang dipelajari.

Program ini telah berlangsung di Dewan Malaysia Abbasiah, Kaherah dari jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari.

Comments

comments

Leave a Comment