Dakwah Teras Bait Muslim

KAHERAH, 15 JULAI – Telah selamat di ijab kabulkan pasangan mempelai saudara Khairil Hafidzi bin Ab Rahman dan saudari Nur Hidayah binti Ilyas bertempat di Masjid Maimun, Jana Kg. Baru pada 15 Julai 2017.

Saudara Hafidzi merupakan aktivis bagi syukbah Hayy Sabie’ dan memegang jawatan sebagai setiausaha. Beliau juga merupakan mahasiswa jurusan perubatan tahun 5 Universiti Kaherah.

Manakala isterinya merupakan mantan ketua syukbah Iskandariah dan juga graduan jurusan Perubatan di Iskandariah. Pasangan ini merupakan aktivis yang aktif bergiat dalam Isma Mesir.

Bagi meraikan hari raja sehari bagi mempelai, Isma Mesir dari syukbah Madinah Nasr dan Hayyu Sabi mendoakan semoga rumahtangga yang terbina atas dasar dakwah ini mampu menjadi bait muslim qudwah buat masyarakat, sentiasa dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah serta sentiasa diredhai Allah s.w.t.

Comments

comments

Leave a Comment