Kepulangan Murabbi Penerus Legasi Kepimpinan Akan Datang

MADINAH NASR, 13 Julai – Menyaksikan kepulangan 2 orang murabbi, Saudara Muhammad Affiq Bin Kamaruzzaman dan isterinya, Saudari Nur Kauthar Binti Saedal Atas.

Saudara Affiq merupakan graduan dalam pengajian perubatan di Universiti Ain Shams, Kaherah. Manakala isterinya, Saudari Kauthar pula graduan dalam aliran Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mansoura.

Masing-masing merupakan aktivis yang aktif dalam menghidupkan nilai tarbiah di Mesir. Hal ini jelas apabila Saudara Affiq pernah menjawat jawatan sebagai Biro Latihan bagi tahun 2015/16 dan isterinya juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Isma Mesir syukbah Mansoura.

Walaupun sibuk berpesatuan, hal ini tidak menghalang kedua-dua aktivis ini berjaya memperolehi kecemerlangan dalam akademik. Seiring dengan salah satu dalam 4 seruan Isma Mesir yang mengajak mahasiswa agar menjadi mahasiswa yang beragenda. Oleh itu, Isma sangat menitikberatkan tarbiah ahli-ahlinya seiring dengan dakwah dan pencapaian dalam pembelajaran.

Begitulah harapan agar ilmu yang ditimba di Bumi anbiya ini dapat dimanfaatkan dan disebarkan di tanah air dan seterusnya berbakti kepada agama,bangsa dan negara.

Pasangan ini telah selamat pulang ke Malaysia pada 10 Julai pada jam 1 pagi.

Comments

comments

Leave a Comment