Presiden Isma Selamat Terima Menantu


MADINAH NASR, 5 Julai – Aisyah binti Abdullah Zaik selamat diijab kabulkan bersama pasangannya Zaid bin Zainurrashid di Surau Assobah, Bangi. Majlis akad ini telah dilangsungkan pada 1 Julai 2017 bermula jam 12 tengah hari.

Saudara Zaid bin Zainurrashid merupakan anak naib presiden Isma dan beliau juga merupakan aktivis bagi cawangan Mesir, manakala pasangannya aktivis bagi cawangan Bangi, Malaysia.

Selain itu, Zaid adalah pelajar syariah tahun 3 Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau juga memegang tanggungjawab sebagai setiausaha Isma Mansurah dan ahli Muis Mesir. Manakala pasangannya Aisyah graduasi bidang kejuruteraan mekanikal di Universiti Saitama, Jepun.

Kesibukan beliau dalam menuntut ilmu dan beraktivis, beliau tidak mengabaikan peluang dalam membina bait muslim. Hal ini kerana pembinaan bait muslim merupakan fasa kedua selepas pembinaan individu muslim, selari dengan matlamat dalam mengembangkan dakwah.

Sebagaimana Isma Mesir sangat menitik beratkan dalam slogannya “Bersama dalam membina mahasiswa beragenda”. Oleh itu mahasiswa perlu merancang kehidupan mereka untuk masa kehadapan.

Majlis akad ini telah dihadiri oleh keluarga sebelah lelaki dan keluarga sebelah perempuan bagi memeriahkan lagi majlis akad pasangan mempelai.

Majlis akad diakhiri dengan sesi bergambar dengan pasangan pengantin.

 

Comments

comments

Leave a Comment