Festival Kemenangan Penyatu Kesatuan Mahasiswa

MADINAH NASR, 28 Jun – Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAFI) anjuran Isma Mesir telah berjaya diadakan bagi meraikan kemenangan umat islam setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan.

Majlis ini telah berlangsung di Masjid Salam, Hayyu Asyir seawal jam 11.00 pagi hingga jam 4.00 petang.

Antara objektif majlis ini dijalankan setiap tahun bagi mengeratkan hubungan di antara mahasiswa dari pelbagai latarbelakang persatuan. Objektif ini selari dengan matlamat Isma Mesir dalam memasyarakatkan agenda dakwah dan menerapkan nilai keterbukaan di kalangan mahasiswa.

Tetamu jemputan yang telah hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Isma Mesir ini mencecah seramai 700 orang.

Turut hadir Pegawai EME Ustaz Ahmad Zakuan bin Md Khudzari Setiausaha Kedua Pendidikan, Atase Pahang Ustaz Khairul Anuar dan wakil-wakil dari persatuan yang lain. Sambutan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran sahabat handai dari pelbagai negeri dan pelbagai muhafazah seperti Madinah Nasr, Mansurah, Tanta dan Alex.

Majlis SAFI diserikan lagi dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Naseh yang menyanyikan nasyid-nasyid tanah air.

Selain itu, booth ‘Kenali ISMA’ juga telah dibuka bagi membuka peluang kepada mahasiswa untuk menggenali Isma dengan lebih dekat dan mereka berpeluang mengisi borang penyertaan Isma Mesir bagi yang berminat.

Majlis SAFI ini telah diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai di latar belakang yang telah disediakan oleh pihak majlis.

Comments

comments

Leave a Comment