Hampir seratus hadiri iftor Isma Mesir

MADINAH NASR, 15 Jun – Seramai 86 mahasiswa Mesir telah menyertai Iftar Perdana Isma Mesir yang telah diadakan 13 jun lepas. Iftar ini bertempat di Hadiqah Lotus, Hayyu Sabi’. 

Peningkatan penglibatan mahasiswa ini menunjukkan mereka menyahut akan seruan keterbukaan yang diseru dalam 4 seruan oleh Isma Mesir. Hal ini menunjukan perbezaan pandangan (furu’) tidak menghalang untuk duduk iftar bersama. 

Iftar Perdana ini juga telah diadakan selari dengan matlamat Isma Mesir dalam Memasyarakatkan Agenda Dakwah. Oleh itu, semua mahasiswa dapat merasai nilai tarbiah yang terdapat dalam Isma Mesir. 

Iftar bersama ini telah diakhiri dengan sesi bergambar bersama dan bersurai untuk menunaikan solat Isya’ dan terawih di Masjid berdekatan.

Comments

comments

Leave a Comment