Majlis Kesyukuran 2 Aktivis Isma Mesir

KAHERAH, 26 Mac – Lebih 40 orang mahasiswa Malaysia di Mesir telah hadir ke majlis kesyukuran dua orang ahli Isma Mesir Syukbah Hayy Sabie iaitu Ahmad Uzsair Umair bin Mohamad Johar dan Muhammad Hatta bin Hamzah malam kelmarin. Kedua-dua mereka baru sahaja menamatkan pengajian ijazah sarjana muda perubatan Universiti Al-Azhar.

Majlis yang bertempat di Restoran Selera Serumpun, Hayy Sabie ini telah diserikan dengan kehadiran bapa kepada Ahmad Uszair, Encik Mohamad Johar Bin Bukhari yang sempat memberikan nasihat dan kata-kata motivasi yang berguna kepada para mahasiswa yang hadir.

“Orang yang sesat perlu tahu dia di mana sebelum dia mencari jalan keluar”, ujar Encik Johar ringkas semasa sesi perkongsian tersebut.

Majlis ini telah disusun sendiri oleh kedua-dua mahasiswa tersebut bagi meraikan sahabat-sahabat seperjuangan mereka sepanjang keberadaan mereka di Mesir.

Comments

comments

Leave a Comment