9 Orang Aktivis Isma Mesir Diraikan Dalam Majlis Graduasi Fakulti Perubatan Universiti Al-Azhar 2017

IMG_20170320_161058

KAHERAH, 20 Mac – Seramai 9 orang aktivis Isma Mesir yang telah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Al-Azhar telah diraikan dalam Majlis Graduasi Fakulti Perubatan Universiti Al-Azhar 2017 yang bertempat di Dewan Muhammad Abduh, Darrasah petang kelmarin. Kesemua mereka telah menempuh tempoh pengajian selama lebih 6 tahun sebelum berjaya meraih segulung ijazah dalam bidang tersebut.

3 orang daripada mereka telah berjaya mendapat tempat dalam senarai 5 teratas kecemerlangan markah keseluruhan Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Al-Azhar di tangga kedua, ketiga dan keempat.

Seluruh ahli Isma Mesir melalui pengerusinya, Ustaz Umar Farouq Bin Morhalim telah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kesemua graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka. “Tahniah! Semoga kejayaan ini memberi manfaat yang besar buat umat Islam khususnya di Malaysia”, ujar beliau ringkas semasa dihubungi wartawan semalam.

Selain itu, majlis graduasi tersebut diakhiri dengan bacaan ikrar seorang doktor muslim yang telah dipimpin oleh Prof. Dr. Azmi Bin Md Nor, Presiden Pertubuhan Pengamal Perubatan Dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik).

Berikut adalah senarai aktivis Isma Mesir yang telah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Al-Azhar Kaherah tahun 2017:

1. Muhamad Hatta Bin Hamzah (Kedua)
2. Ahmad Uzsair Umair Bin Mohamad Johar (Ketiga)
3. Muhammad Izzuddin Bin Abdul Kadir (Keempat)
4. Muhamad Zulhilmi Bin Azmi
5. Muhammad Abdul Aziz Bin Mohd Fauzi
6. Nuaim Bin Mat Nasir
7. Amir Bin Ibrahim
8. Puteri Nurul Sanim Binti Shahamah
9. Nabilah Binti Mohd Khalis

 

IMG_20170320_161054IMG_20170320_161056IMG_20170320_161052

Dari kiri: Muhamad Hatta Bin Hamzah (Kedua), Ahmad Uzsair Umair Bin Mohamad Johar (Ketiga), Muhammad Izzuddin Bin Abdul Kadir (Keempat)

 

Comments

comments

Leave a Comment