Mumtaz 4 Ummah, Bersama Membangun Mahasiswa Beragenda

photo_2017-03-05_09-15-24

KAHERAH, 5 Mac – Hari Isma dan Apresiasi 2017 telah dilangsungkan di Dewan Malaysia Abbasiah (DMAK) yang bertujuan menyampaikan halatuju dan merupakan medium ahli dalam menyuarakan pandangan. Majlis ini juga telah dilangsung bagi meraikan kecemerlangan ahli Isma sesi 2016 yang lalu.

Pada hari tersebut, jumlah mereka yang telah menerima anugerah bagi kategori Sains Kesihatan ialah 6 mumtaz, 14 jayyid jiddan dan 15 jayyid. Manakala kategori Pengajian Islam ialah 3 mumtaz, 8 jayyid jiddan dan 22 jayyid.

Hal ini selaras dengan visi Isma Mesir dalam melahirkan mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Mesir yang cemerlang daripada aspek keperibadian, akademik dan akhlak berkonsepkan Islam sebagai cara hidup.

“Memasyarakatkan Agenda Dakwah” merupakan tema yang cuba diketengahkan kepada masyarakat Mesir oleh Pengerusi Isma Mesir Ustaz Umar Farouq Morhalim bagi sesi kali ini, kata beliau dalam ucapan dasar Isma Mesir 2017.

Beliau telah menutup kalam dengan berpesan, “supaya semua ahli Isma lebih serius dalam mendidik diri serta masyarakat. Hal ini bagi memastikan agenda dakwah terus kekal di atas muka bumi Allah ini. Setelah hampir 100 tahun dunia tidak merasai keadilan pemerintahan Islam”.

Oleh itu, Isma Mesir telahpun menggariskan 4 seruan Isma kepada masyarakat mahasiswa untuk bersama kita hayati dan merealisasikan dalam kehidupan sebagai mahasiswa di Mesir, iaitu beragenda, berkualiti, keterbukaan dan kesepakatan.

Turut digariskan 5 ciri keperibadian yang perlu dipegang oleh ahli Isma mahupun yang bukan ahli di Mesir demi kebaikan kita bersama. Antaranya kerohanian yang tinggi, berpengetahuan luas, berkepimpinan, tubuh yang kuat dan berkeperibadian unggul.

Turut hadir pada program tahunan Isma Mesir pada kali ini adalah Setiausaha Kedua (Pendidikan/ Pentadbiran, Kewangan & Pembangunan Insan), Hj. Ahmad Zakuan bin Md Khudzari Zakuan. Di dalam ucapan khas beliau, beliau telah berpesan kepada mahasiswa agar berusaha mengimbangkan antara prestasi akademik dengan kerja berpersatuan. Hal ini kerana, mendapat keputusan yang baik merupakan tanggungjawab kita sebagai mahasiswa.

Program ini telah dihadiri oleh seluruh ahli Isma Mesir dari serata tempat. Antaranya dari Kaherah, Mansurah, Tanta dan Alex.

Program ini telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 4.15 petang.

Comments

comments

Leave a Comment