Kepulangan Graduan Doktor Ummah

kak shiela
MADINAH NASR, 1 Mac – Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah menyaksikan kepulangan 2 aktivis Isma Mesir ke tanah air. Mereka adalah saudara Muhammad Kamil Bin Kamaruddin dan isterinya, saudari Nurul Sheila Fatin Binti Zaidi.

Pasangan ini masing-masing merupakan graduan lepasan Universiti Ain Shams, bidang Kedoktoran. Kesibukan mereka sebagai aktivis Isma tidak menghalang mereka dari mencapai kecemerlangan dalam bidang mereka.

Saudara Kamil telah dinobatkan sebagai 5 terbaik daripada keseluruhan. Kejayaan ini telah diraikan di majlis konvokesyen yang bertempat di Dewan EMP Fakulti Medicine Ain Shams 3 Februari yang lalu.

Manakala anak jati Gemas Negeri Sembilan, saudari Nurul Sheila Fatin pula pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Isma Mesir cawangan Abbasiah. Kesibukan beliau juga tidak melupakan kewajipan beliau sebagai mahasiswi.

Beliau sempat menitip pesanan kepada mahasiswi “Gunakan masa sebaiknya di Mesir. Cepatkan diri untuk matang dalam jalan dakwah. Jangan jadikan kelemahan diri menyekat perkembangan yang meletakkan diri pada tingkat yang sama”.

Pasangan ini telah selamat berlepas pada jam 9 malam. Bersamaan hari isnin 27 Februari 2017.

Comments

comments

Leave a Comment