Kelahiran Mujahidah Ketiga Pasangan Aktivis Isma Mesir

photo5852836442491955472

 

ISKANDARIAH, 20 Februari 2017 – 17 Februari yang lalu merupakan tarikh keramat bagi pasangan aktivis Isma Mesir iaitu Ustaz Ahmad Syamil Bin Mohd Esa, Mantan JKP Isma Mesir Sesi 2015 dan pasangannya, Ustazah Maryam Binti Mohd Din setelah dikurniakan kelahiran mujahidah ketiga yang bakal menyerikan lagi kehidupan rumah tangga mereka.

Menurut Ustaz Ahmad Syamil yang merupakan mahasiswa Ijazah Sarjana di Universiti Al-Azhar Kaherah, bayi perempuan seberat 3.65kg itu telah selamat dilahirkan di Hospital al-Madina lil Mar’ah, Iskandariah tepat jam 3.20 petang pada hari Jumaat lepas.

Seluruh ahli Isma Mesir melalui pengerusinya, Ustaz Umar Farouq Bin Morhalim telah mendoakan kebaikan serta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasangan aktivis Isma Mesir tersebut di atas kurniaan cahaya mata yang merupakan amanah daripada Allah buat mereka.

Comments

comments

Leave a Comment