Pasangan Mempelai Isma Mesir Selamat Diijabkabulkan

 

 

KAHERAH, 7 Februari – Sekalung tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin, saudara Wan Ahmad Izzat bin Wan Ahmad Sanadi dan saudari Noor Komalasari bt Roslan yang selamat diijabkabulkan di Masjid Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor pada 5 Februari yang lalu.

Saudara Izzat merupakan Graduan Syariah dari Universiti Al-Azhar manakala Saudari Noor Komalasari merupakan pelajar Tahun Akhir dalam jurusan Perubatan di Tanta. Kedua-dua anak kelahiran Selangor itu merupakan aktivis yang aktif bergiat dalam Isma Mesir.

Semoga rumahtangga yang terbina mampu menjadi bait muslim qudwah buat masyarakat, sentiasa dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah serta sentiasa diredhai Allah s.w.t

Comments

comments

Leave a Comment