Kepulangan murobbi yang dinanti

photo_2017-02-04_10-45-18

KAHERAH, 4 Februari 2017 – Puluhan ahli Isma Mesir dari seluruh cawangan telah mengiringi kepulangan Ustaz Ahmad Farhan Bin Selamat, mantan Timbalan Pengerusi Isma Mesir Sesi 2016 ke Malaysia untuk meneruskan perjuangan di tanah air.

photo_2017-02-04_10-41-10

“Sebagai orang beriman, Allah anugerahkan kepada kita hidup ini supaya kita jadikan ia betul-betul di bawah syariat Allah dan kita hendaklah sentiasa mengharapkan kesudahan yang baik di sisi Allah. Kita perlu sentiasa mencari makna-makna dan hakikat-hakikat dalam hidup ini”, pesan beliau sebelum memasuki pintu pelepasan di Lapangan Terbang Kaherah. “Hidup ini terlalu manis dan berharga untuk orang beriman”, tambah beliau lagi.

Ustaz Ahmad Farhan telah berkhidmat sebagai Jawatan Kuasa Cawangan (JKC) Isma Mesir untuk empat sesi.

2012/2013 : Setiausaha Agung
2013/2014 : Timbalan Pengerusi
2014/2015 : Timbalan Pengerusi
2016 : Timbalan Pengerusi

Selain itu, beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Fakulti Usuluddin Jabatan Tafsir, Universiti Al-Azhar.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *