Rumahtangga Bukan Penghalang Kecemerlangan

photo5812263711807744262
KAHERAH 3 Februari- Seramai 63 orang graduan diraikan dalam sebuah majlis konvokesyen di Universiti Ain Shams hari ini. Majlis diadakan di Dewan EMP Fakulti Medicine Ain Shams. Turut diraikan tiga ahli Isma Mesir yang terdiri daripada

1. Norshahirah Binti Ishak
2. Nur Sheila Fatin Binti Zaidi
3. Muhammad Kamil bin Kamaruddin

Mereka bertiga merupakan aktivis Isma yang bergiat aktif dalam merangka gerak kerja dakwah Isma Mesir. Namun hal ini tidak menjadikan mereka mengabaikan kewajipan mereka sebagai mahasiswa perubatan.

Salah seorang aktivis Isma, Muhammad Kamil Bin Kamaruddin yang merupakan suami kepada saudari Nur Sheila Fatin Binti Zaidi dan juga bapa kepada Kauthar Binti Muhammad Kamil telah dinobatkan sebagai 5 terbaik daripada keseluruhannya.

Kata beliau ketika berkongsi tip kecemerlangan, “wajib hadiri kuliah dan menjiwai setiap apa yang diajar di kuliah atau di hospital, kerana setiap penyakit atau fakta ada latarbelakang cerita yang mudah dan hanya dapat difahami oleh guru yang berpengalaman mengalaminya”.

Majlis ini telah bermula jam 10.30 pagi sehingga 2.00 petang.

Kecemerlangan ini perlu dimanfaatkan oleh seluruh pelajar perubatan sebagai motivasi bagi meletakkan sasaran yang terbaik untuk dicapai.

Isma Mesir sentiasa komited melahirkan mahasiswa yang cemerlang, agar menjadi tokoh yang berkualiti di tengah masyarakat kelak.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *