Media Isma Mesir menuju ke arah profesional

photo_2017-02-03_14-45-42

MADINAT NASR, 3 Februari : Biro Penerangan Isma Mesir sekali lagi menganjurkan I-Media 2017 bagi meningkatkan potensi ahli yang sedia ada mahupun yang baru sekaligus menuju ke arah profesional. Peserta Ikhwah dan akhawat dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kepakaran mereka iaitu reka grafik, videografi, penulisan, kewartawanan, web dan admin.

photo_2017-02-03_14-45-56

“Tiada ilmu media pada hari ini adalah umpama berperang tanpa senjata” ujar Pengarah I-Media, Ustaz Rofiq Amin ketika pembukaan I-Media.

Beliau juga berharap peserta dapat menerapkan nilai kerja berpasukan disamping mendapat latihan yang berkesan.

Turut hadir bersama JKC Biro Dakwah dan Penerangan,Ustaz Siddiq Mohd Amin. Kata beliau dalam ucapan perasmian “kita tidak mahu ahli hanya belajar tentang media semata, tetapi kita mahu ahli kita lebih dari itu ”.

Salah seorang peserta I-Media bahagian kewartawanan yang sempat ditemuramah mengatakan :
“I-Media kali ini telah membuka mata saya bahawa umat Islam hari ini tersepit dengan media sedia ada yang sering memanipulasi isu umat Islam dan melayu di Malaysia”

Program itu telah diadakan selama dua hari serentak di Pejabat Isma Mesir dan Maktabah Hikmah bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Isma Mesir menjangkakan kejayaan ahli Isma ke tahap profesional dapat dicapai jika program sebegini dapat diteruskan hingga ke masa akan datang.

Comments

comments

Leave a Comment