Konsisten Mumtaz-Jayyid Jiddan, Dr Kamil Raih Tempat ke-5 Teratas

photo5803288183641843655

31 JANUARI, ABBASIAH: Muhammad Kamil Bin Kamaruddin, aktivis Isma Mesir syukbah Sabiek-Abbasiyah telah berjaya bergelar doktor semalam. Beliau merupakan graduan fakulti perubatan Universiti Ain Shams yang telah berjaya merangkul tempat kelima dari keseluruhan para graduan. Pencapaian beliau yang cemerlang sejak dari tahun pertama kekal konsisten sehingga ke tahun akhir.

Berikut adalah prestasi beliau :

Tahun 1 : Mumtaz
Tahun 2 : Mumtaz
Tahun 3 : Jayyid Jiddan
Tahun 4 : Mumtaz
Tahun 5 : Jayyid Jiddan
Tahun 6 : Jayyid Jiddan

Beliau juga merupakan graduan kedua terbaik dalam kalangan siswa.

“Bersyukur dengan apa yang ada dan usaha semampu yang boleh untuk ‘improve’ di masa hadapan. Tetapkan azam dari sekarang untuk hari graduasi yang akhirnya kita semua akan lalui.

Sentiasa berdoa kepada Allah selepas solat agar diberikan mumtaz dalam peperiksaan tahun itu, ini akan mengingatkan kita setiap hari untuk sentiasa berusaha ke arah itu”, kata Dr Kamil ketika ditemu bual wartawan Isma mesir berkenaan rahsia kecemerlangan beliau semalam.

Tambah dr Kamil juga, “Jangan cemburu dengan kejayaan orang, setiap orang diberikan nikmat atas usaha yang mereka telah curahkan. Banyak kisah-kisah orang biasa yang berjaya mengatasi orang yang pada awalnya hebat tetapi tersungkur di tengah jalan kerana bermalasan”.

Nurul Sheila Fatin Binti Zaidi, isteri kepada Dr Kamil juga merupakan antara graduan semlam. Mereka telah mendirikan rumahtangga sejak di tahun dua pengajian dan telah dianugerahkan seorang cahaya mata.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *