Matang Kita dan Mereka

o-EMPTY-CLASSROOM-facebook

 

Baru ini, keluar di laman sosial Facebook saya satu filem pendek yang bagi saya cukup baik jalan ceritanya. Menggunakan latar belakang tempat di sekolah, manakala pemain watak adalah seorang guru dan beberapa orang pelajar yang rata-rata umur mereka dalam lingkungan 11 ke 12 tahun dan bersama 3 watak tambahan; lakonan pemain watak yang bersahaja, tidak menggunakan gerakan kamera yang banyak, penggunaan alatan teknikal yang sedikit, namun mesej yang hendak disampaikan adalah mendalam sehingga ia akan memberi kesan kepada individu yang menonton.

Antara situasi yang menarik adalah bermula dengan guru masuk ke kelas kemudian mendapat salam hormat dari pelajar dan seterusnya guru memulakan sesi pembelajaran. Bermula situasi menarik ini apabila guru selesai menulis di papan hitam.

Seusai guru menulis, masing-masing dikalangan pelajar mula berbisik sesama sendiri tentang abjad-abjad yang telah ditulis oleh Si Guru.

Guru memulakan pembelajaran.

”Baik! Hari ini kita akan belajar satu ilmu baru, dengar dan ulang perkataan saya”. Perintah si guru. Lalu menyambung.“Dua tambah dua sama dengan lima.Baca semua!”. Tanpa berfikir semua pelajar terus membaca abjad-abjad dipapan hitam. Setelah kelas sunyi dari suara suara pelajar. Tiba-tiba…

”Cikgu! Cikgu salah tulis! Dua tambah dua sama dengan empat bukan lima”. Suara itu datang dari seorang pelajar yang berada dibarisan tengah, dia cuba menegur kerana merasakan kemungkinan gurunya tersalah tulis.

Guru berpaling ke arah pelajar yang bersuara.

”Eh budak, kamu hendak mengajar sayakah? Sekarang saya guru disini dan kamu pelajar! Tidak berhenti setakat itu lalu menambah. “Sekarang kamu diam dan ikut sahaja apa yang saya ajar”. Kelas kembali sunyi dan pembelajaran bersambung kembali.

Kali ini nada suara guru meninggi. ”Sekarang kamu semua dengar dan ulang apa yang saya kata!”. Pelajar mula membetulkan posisi duduk dan merapatkan ia ke meja.Barangkali sudah mengetahui keadaan yang tegang sedang berlaku.

”Dua tambah dua sama dengan lima .Baca semua!”. Sambil guru mengetuk tangan dipapan hitam. Kali ini arahan betul-betul keras dan menakutkan pelajar. Namun apa yang diarahkan oleh guru berlaku sebaliknya.Semua pelajar terdiam mungkin sudah sedar akan kesalahan pembelajaran hari ini..Masing-masing tidak mengiayakan kata-kata guru mereka.

Melihatkan suasana yang senyap guru mengulangi kata-katanya dan menambah dengan sedikit gertakan bagi yang tidak mematuhi arahannya. Dek kerana takutkan guru dan merasakan diri mereka terancam, akhirnya mereka menyebut abjad-abjad dipapan hitam sebagai tanda setuju dengan fakta yang telah diberikan.

Namun, tidak kepada pelajar yang menegur guru sebentar tadi.Dia berasa pelik dengan rakan-rakanya adakah perkara kecil ini  mudah sahaja ditakutkan hanya melalui gertakan. Lalu sekali lagi dia bangun dan berkata.

”Kawan-kawan! dua tambah dua adalah empat!” .Sambil mengangkat jari dan dipamerkan kepada kawan-kawan sebagai bukti kata-katanya. Seusai pelajar itu menghabiskan kata-katanya si guru memanggil pelajat tersebut kehadapan.

 

Tamat.

 

Saya berhenti setakat ini kisah pelajar dan guru tidak bercadang untuk pergi lebih jauh dan kini saya bawakan satu lagi kisah yang agak sama dan kita akan sama-sama meneliti apakah kaitan antara dua cerita sehingga ia mampu menjadi formula kehidupan kita, tidak kira masih belajar atau sudah bekerja. Suka untuk diulangi disini setiap detik yang menghasilkan episod kehidupan, setiap pengembaraan yang mendatangkan kenangan  akan menjadi pengajaran bagi yang berakal dan berfikir.

Sekarang kita telusuri masa sejarah dengan mengalihkan pandangan kita sekitar 2076 sebelum hijrah (1392 sebelum masihi) menyelami satu susuk tubuh mulia insan pilihan. Nama asal Musa dan merupakan seorang rasul. Dikalangan para nabi kisah Nabi Musa a’laihi salam merupakan antara kisah yang terbanyak diceritakan didalam Al-quran. Apabila dikaji dan diteliti akan kita dapati disana tersimpan rahsia-rahsia pengajaran yang sangat besar dan bernilai.

SONY DSC

Bermula perjalanan kisah hebat ini dengan episod kelahiran baginda, diteruskan lagi dengan episod menarik apabila baginda mendapat penjagaan dan perlindungan istimewa dari dalam istana tempat tinggal Firaun sendiri dan semestinya ia bakal menjadi permulaan yang pahit kepada bakal musuhnya itu. Kemudian sampai kepada babak cemas apabila pada satu ketika telah terjadi pertelingkahan kecil diantara seorang lelaki Qibti dan seorang  lelaki dari kalangan Bani Israil. Pengkhiran dari tragedi itu telah menyebabkan Nabi Musa terpaksa membawa diri keluar dari negeri tersebut demi menyelamatkan diri dari perkara yang lebih memudaratkannya.

Seterusnya diikuti penceritaan fasa dakwah baginda bersama saudaranya Harun a’laihi salam kepada Firaun. Babak-babak yang tercipta dalam fasa ini memberikan tamparan hebat kepada manusia yang kufur ketika itu. Penceritaan  yang telah menggambarkan bagaimana kekuasaan Tuhan pencipta alam melebihi  kudrat makhluk yang pada hakikat adalah lemah, disamping menyerlahkan ketinggian dan kemuliaan orang-orang beriman mengatasi golongan kufur melalui perantaraan bantuan Allah s.w.t, sehingga diantara punca datangnya pertolongan ketika diakhir dakwah baginda adalah disebabkan keyakinan mereka dengan ayat dan janji Allah.

 

Diantara kisah yang menarik. Allah beriman:

(وَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ مُوسَىٰ أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ ۖ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ * فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ * فَغُلِبُوا هُنَالِكَ وَانْقَلَبُوا صَاغِرِينَ)

[Surat Al-A’raf 117 – 119]

( Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Campakkanlah tongkatmu!” Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan. Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.

 

Seperti mana yang digambarkan didalam ayat diatas, Nabi Musa berjaya mengatasi sihir yang dicipta oleh Firaun dan sekutunya. Kekalahan itu merupakan petanda kekalahan batil dan orang yang bersamanya, mereka direndahkan dan mereka  dihina dihadapan pengikut sendiri.)

Kekalahan Firaun tidak berheni setakat itu sahaja. Apa yang menyedihkan lagi orang kanan Firaun sendiri iaitu ahli-ahli sihir yang telah berlawan dengan Nabi Musa telah berpaling tadah daripadanya. Ia berlaku hanya dengan sekelip mata setelah mengalami kekalahan diperingkat awal.

Tanpa memikirkan sebarang mudarat mereka telah mengishtharkan keimanan dihadapan penguasa mereka iaitu Firaun dengan tanpa ragu-ragu.

 

Firman Allah s.w.t:

(وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ * قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ الْعَالَمِينَ * رَبِّ مُوسَىٰ وَهَارُونَ *

[Surat Al-A’raf 120 – 122]

(Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud, sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.”(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun”).

 

Disini bakal bermula pertarungan akhir diantara hati-hati yang baru sahaja disentuh oleh cahaya kebenaran bersama kebatilan yang sebelum itu mereka telah bersama dengannya. Pertembungan yang dasyat datang mencabar keimanan yang baru sahaja bersinar. Mereka diasak dari luar dan dalam. Firaun mengancam dengan seksaan, ditambah kebatilan terus menerus mengugat jiwa mereka dengan cuba merampas kedudukan kebenaran dari dalam.

 

Apakah mereka berjaya mempertahankan keimanan yang baru sahaja mereka terima?

 

Firman Allah s.w.t:

(لَأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ مِنْ خِلَافٍ ثُمَّ لَأُصَلِّبَنَّكُمْ أَجْمَعِينَ * قَالُوا إِنَّا إِلَىٰ رَبِّنَا مُنْقَلِبُونَ)

[Surat Al-A’raf 124 – 125]

“Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, kemudian aku akan memalang kamu semuanya”. Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami (tidak gentar) kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami (dan kepadaNyalah kami mengharapkan keampunan dan rahmatNya).

 

Apakah inti ayat ini?.

Sesungguhnya telah menjadi sunnah alam kebenaran dan kebatilan bertembung dan menjadi sunnah alam juga kebenaran akan mengatasi kebatilan. Hal ini semua bergantung kepada individu pada zaman tersebut. Sejauh mana mereka memenuhi prasyarat untuk meraih kemenangan itu.

Para ahli sihir telah mendapat kemenangan itu setelah jiwa mereka berjaya mempertahankan kedudukan iman sehingga keimanan tersebut meninggikan martabat diri seterusnya menghancurkan musuh.

 

Tamat.

questions-and-answers-questions-and-answers-questions-and-answers-Xd7id6-clipart

Sekarang kita cuba menghubungkan kedua-dua cerita diatas, kisah pelajar dan guru dan kisah ahli sihir dan firaun. Apakah yang menjadikan pelajar itu degil untuk terus mempertahankan hujahnya? Dan apakah yang menjadikan ahli sihir itu berani mengorbankan diri mereka?.

Seorang mufakkir islam mengeluarkan satu formula tentang perkara ini. Katanya:

“واذ الحق راجح الوزن ثابت القواعد عميق الجذور”

(Apabila kebenaran berada pada neraca yang betul, kaedah yang mantap dan paksi pasak yang dalam.)

Keyakinan yang kuat akan mengatasi ancaman dan keyakinan pada kebenaran akan menghancurkan kejahatan. Hal yang demikian,akan menghasilkan kesungguhan dalam langkah-langkah yang akan diatur.

Apakah pula hasil keimanan dari keyakinan? Keimanan menjana kematangan individu. Sejauh mana kematangan itu memilih suatu perkara yang menjadikan ia sebagai perkara utama dalam hidup.

Seterusnya, apakah hasil kematangan? Kematangan membuka ruang  kepada individu mencipta peluang untuk suatu urusan yang berskala besar. Urusan yang menjadikan diri itu bernilai melebihi segala kemewahan, pangkat dan perhiasan didunia.

Matangnya kedegilan si pelajar memberi ruang dirinya menjadi lambang keilmuwan kepada pelajar lain hasil ketegasan mempertahankan ilmunya. Matangnya keberanian para ahli sihir memberi ruang diri mereka memilih cara mati yang paling baik, iaitu mati dalam iman.

Oleh yang demikian, bagi mencipta kematangan adalah sesuatu yang berat. Ia berkaitan soal ketundukan. Ketundukan hakiki pada penguasa alam, Tuhan alam dan Tuhan seluruh manusia. Sesungguhnya pada sesuatu yang besar bermula dengan usaha yang besar  iaitu bermula dengan menanam iman yang mantap, dibantu penyediaan perancangan yang teliti dan akhir sekali amal yang berterusan.

 

Sekian.

Oleh:

Khairul Anuar B. Rosli,
Tahun 1, Kuliah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar.
photo27771228927404120

Comments

comments

Leave a Comment