Ukhti Qudwah,Kini Malaysia Medan seterusnya

p

 

 

 

Madinat Nasr, 25 Januari – Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah  menyaksikan berlepasnya Ukhti Abiidah bt Fadzlan Shahidi seorang aktivis Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Mesir (Isma Mesir) ke tanah air. Beliau merupakan lepasan universiti terkemuka dunia, Universiti Al-Azhar Kaherah, Mesir dalam bidang Syariah Islamiyyah. Beliau menamatkan pembelajaran beliau dengan pangkat jayyid.

Disebalik kesibukan beliau dalam beraktivis dalam ISMA , beliau pernah memegang tampuk kepimpinan sebagai ketua syukbah Isma Mesir cawangan Mansurah, Ahli Majlis Ulama’ Isma Mesir (MUIS), menterjemah buku feqh dan lain-lain. Beliau tidak pernah mengabaikan kewajipan beliau  dalam menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh. Pangkat jayyid yang beliau peroleh merupakan  bukti akan kecemerlangan beliau dalam akademik.

Beliau sempat menitipkan beberapa nasihat antaranya:

  • Tarbiah diri sebaiknya dan mencuba untuk mengislah orang-orang di sekeliling.
  • Hafaz quran dan hadis .
  • Kuasai Bahasa Arab fusahah dan lazimi percakapan.
  • Bersangka baik dengan Allah.
  • Jangan taksub buta.
  • Segala kejayaan niatkan untuk ummat.

Comments

comments

Leave a Comment