5 Prosedur Memohon Visa Pelajar

buat visa

Isu keselamatan amatlah perlu dititikberatkan ketika berada di Mesir. Berikutan itu, memperbaharui Visa adalah sangat penting sebagai bukti sah keberadaan kita seterusnya menjamin keselamatan apabila disemak oleh pihak berkuasa. Ikuti panduan 5 Prosedur Memohon Visa Pelajar ini untuk memudahkan mahasiswa Al-Azhar membuat Visa secara teratur.

1) Membuat surat pengesahan pelajar (Tasdiq)
> Tidak boleh membuat sebarang pembetulan di atas surat tasdik
> Cop rasmi fakulti dan pejabat perkhidmatan wafidin diperlukan
> Jika ada kesilapan, hendaklah dibuat yang baru
> Nama pemohon mestilah sama seperti di dalam pasport

2) Hantar Tasdiq ke pejabat wafidin
Ikhwah: Masjid bersebelahan Kuliah Dakwah Al-Azhar Hayyu Sadis
Akhawat: Bangunan Kuliah Farmasi Banat Al-Azhar Hayyu Sadis
Pelajar Buuth & Syubra: Maahad Al-Bu’uth, Madinatul Buu’th Abbasiah

3) Semak nama di FB “Wakil Visa MC”
> Perlu dilakukan sekerap yang mungkin
> Tempoh senarai nama yang akan dikeluarkan adalah seminggu dan ke atas

4) Lengkapkan borang VISA di BKAN Wilayah
Sila bawa:
> 2 keping gambar berukuran pasport
> 2 salinan muka surat pertama pasport
> 2 salinan muka surat visa terakhir
> 2 salinan muka surat cop ketibaan terakhir
> Tasdiq kuliah

5) Ambil pasport anda
> Sila ambil pasport anda yang telah siap Visa di BKAN Wilayah
> Tempoh memperolehi Visa selewat-lewatnya 1 bulan
> Permohonan yang lewat akan dikenakan denda bermula pada kadar LE80 & seterusnya mengikut tempoh kelewatan

Sumber: Education Malaysia Egypt (EME)

Comments

comments

Leave a Comment