Pulang Dengan Barakah

img_20170104_175627

MADINAT NASR, 4 Jan – Setelah enam tahun menuntut ilmu di Mesir, Ustaz Mohammad Azwan Anwar bin Mathrudi bersama isteri tercinta sedia berangkat meninggalkan bumi Mesir untuk kembali berkhidmat untuk bangsa dan negara di tanah air.

Mohammad Azwan Anwar bin Mathrudi, 27, merupakan graduan kuliah Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar Kaherah manakala isterinya ‘Atiqah binti Mohamed Ayob merupakan graduan kuliah pergigian di univerisiti yang sama.

Ustaz Azwan Anwar merupakan mantan Bendahari Kehormat Isma Mesir bagi sesi 2016. Isterinya pula merupakan mantan Timbalan Ketua Biro Media bagi sesi 2013/2014.

“Umur 20an adalah masa yang paling berharga, jika para ikhwah nak belajar, nak mencuba dan ambil risiko, inilah masanya” pesan Ustaz Azwan ketika diminta memberikan pesanan akhir oleh rakan-rakan mahasiswa yang masih menuntut ilmu di Mesir.

Ustaz Azwan dan isteri mempunyai seorang cahaya mata dan telah berlepas pada pukul 3.30 pagi tadi.

img_20170104_175624

img_20170104_175631

 

img_20170104_175635

 

 

Comments

comments

Leave a Comment